Darul Andalus Pte Ltd (DAPL) telah mula menerbitkan
buku-buku sastera Melayu sejak 2009. Sejauh ini, sebanyak 8 buah buku yang
berjaya diterbitkan. Buku-buku ini merupakan karya pemenang Anugerah Sayembara
Novel Temasek 2007 dan 2009 (SNT) dan pemenang Anugerah Sayembara Nokhtah Putih
2008 (SNP) anjuran ASAS 50 dengan kerjasama DAPL.
DAPL kini ingin memulakan inisiatif mengumpul dan
menerbitkan novel-novel Islam. Salah satu kaedah untuk mengumpul novel-novel
Islam ini adalah dengan menganjurkan Sayembara Novel Islam (SNI).
Matlamat utama sayembara ini adalah seperti berikut:
Mengumpul dan menerbitkan novel-novel Islam yang
bermutu
Mencungkil bakat-bakat baru dan menggalakkan
penyertaan dari penulis mapan
Menambah bahan bacaan sastera yang sesuai dengan
agama Islam
Sebanyak tiga kategori yang akan dipertandingkan
iaitu:
Kategori Novel Remaja
Untuk bacaan remaja berusia 13-18 tahun. Tidak kurang
dari 20,000 patah perkataan
Kategori Cerita Kanak-Kanak
Untuk bacaan kanak-kanak berusia 7 - 10 tahun.
Anggaran 250 - 350 patah perkataan
Kategori Novel Dewasa
Tidak kurang dari 30,000 patah perkataan
Hadiah Lomba Novel
Kategori Dewasa:
Juara 1: $5,000
Juara 2: $3,000
Juara 3: $1,000
Penghargaan: $500
Kategori Remaja
Juara 1: $2,000
Juara 2: $1,500
Juara 3: $1,000
Penghargaan: $500
Kategori Kanak-kanak
Juara 1: $1,500
Juara 2: $1,000
Juara 3: $750
Penghargaan: $250
Syarat Penyertaan
Sayembara ini terbuka kepada warganegara Singapura
dan para penulis serantau iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei yang
menulis dalam bahasa Melayu.
Tema sayembara ini adalah bebas namun hendaklah
bersesuaian dengan agama Islam serta mengikut dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni
dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
Peserta boleh menyertai ketiga-tiga kategori tetapi
hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap kategori.
Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi,
penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya
asli serta belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak.
Karya yang pernah memenangi hadiah di Singapura atau
negara lain tidak akan diterima.
Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip dalam bahasa
Melayu di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris, Times New
Roman saiz 12 dan berjilid kemas.
Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah dan
sudut kanan bahagian atas pada setiap halaman manuskrip. Nama peserta hanya
boleh diisi pada borang penyertaan sahaja.
Peserta perlu menghantar 4 salinan manuskrip kepada
urus setia berserta borang penyertaan, sinopsis tidak melebihi dua halaman,
satu salinan manuskrip dalam CD dan sekeping gambar berukuran pasport.
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap karya yang
tidak sampai atau rosak dalam pengiriman.
Karya yang dihantar tidak akan dikirimkan semula
kepada peserta sama ada karya tersebut memenangi hadiah ataupun tidak.
Pengadilan Karya dan Hak Cipta
Sayembara ini akan dihakimi oleh Panel Penilai
setempat dan luar negara yang dilantik oleh Penganjur. Keputusan panel adalah
muktamad.
Panel Penilai berhak untuk tidak memberikan sebarang
hadiah jika mendapati tiada penyertaan yang layak menerimanya.
Penganjur berhak menerbitkan manuskrip yang
memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan Penganjur.
Namun, bagi karya yang tidak memenangi hadiah layak
dipertimbangkan untuk diterbitkan sekiranya bersesuaian.
Sekiranya Penganjur bercadang untuk tidak
menerbitkan, hak cipta akan dipulangkan kepada penulis
Kontak:
Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus
setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu 1 Jun 2014 dan dihantar
kepada alamat yang berikut:
Urus Setia Sayembara Novel Islam 2011,
Darul Andalus Pte Ltd,
Blk 3017 Ubi Road 1 #02-129
Singapura 408708
Jika ada pertanyaan menegnai info lomba ini, silakan
menghubungi penyelenggra di:
Tel: +65 6746 9167 / 67461657
Faks: +65 67461537
Emel: [email protected]
Sumber: www.darulandalus.com
www.lomenulis.com
Casino Nights - JamBase
BalasHapusEnjoy your 제천 출장마사지 favorite slot machines, table 전주 출장샵 games, live entertainment, poker, bingo, blackjack, Roulette 진주 출장샵 & more in the JamBase 사천 출장샵 casino. Come and play with 원주 출장샵 us!